Tiens Group Co. Ltd.("Tiens Group"), telah ditubuhkan pada tahun 1995
oleh Mr. Li Jinyuan di Tianjin, China. Ia merupakan sebuah syarikat
antarabangsa yang meliputi bidang-bidang seperti bio teknologi,
pendidikan, jualan runcit, pelancongan, kewangan, perdagangan
antarabangsa dan E-perniagaan. Tiens Group bermula memasuki pasaran
antarabangsa pada tahun 1997. Kini, Tiens Group telah memasuki 190 buah
Negara di seluruh dunia dan telah menubuhkan 110 cawangan di seluruh
negara di samping mempunyai 50,000 francais dan menjalinkan hubungan
kerjasama strategik dengan usahawan-usahawan terkemuka dari seluruh
negara. Tiens Group menghasilkan produk seperti makanan kesihatan,
penjagaan kesihatan, penjagaan kulit dan produk kegunaan isi rumah.
Tiens Group juga menyediakan pilihan gaya hidup berteraskan kesihatan,
kebahagiaan, kecantikan dan kemewahan untuk 16 juta buah keluarga di seluruh dunia.
Melalui falsafah yang bermurah hati dan penyayang, Tiens Group bergiat
aktif dalam tanggungjawab sosial dimana telah menyumbangkan 200 juta
dolar Amerika kepada kebajikan awam dan pertunjukan amal sosial.
Kejayaan pengurusan yang bersistematik di peringkat tempatan dan global
telah memberi sumbangan yang besar untuk mencapai matlamat strategik
antarabangsa Tiens Group. Tiens Group merupakan sebuah syarikat
antarabangsa yang tiada tandingan dari segi penyelidikan, inovasi,
profesionalisme termasuk mempunyai 8000 pekerja, dimana 35% adalah
berpendidikan tinggi.
Kini, Tiens Group sedang berkembang dengan lebih pesat berdasarkan
sistem pengurusan yang sistematik dan teori-teori terkini seperti
Six-Network Interaction Theory, New Swap and Alternative Theory, New
Supermarket Theory and Consumption Makes Wealth, Operation and
Consumption Makes More Wealth, berhasrat menuju ke ara 500 syarikat yang
terkuat di dunia.